Tempahan cenderahati korporat kali ini adalah Thermo Mug. Kami menerima tempahan sebanyak 60 unit dari sebuah kilang di Cheras, Selangor. Mereka menempah Thermo Mug code M2 Delima untuk majlis makan malam staff.
Kami telah berjaya menghantar kepada pelaggan. Daripada permeriksaan awal, kuantiti adalah mencukupi dan pada pandangan mata kasar, semuanya berada dalam keadaan baik.
Namun, semasa pemeriksaan lanjut, pelanggan mendapati ada penutup yang rosak. Mereka telah memaklumkan kepada kami dan kami telah berjaya menggantikan dengan penutup yang baru.
Biasalah, dalam banyak-banyak barangan terutamanya mug, pasti ada 1 atau 2 kerosakan. Paling penting, barangan yang rosak dapat diganti tanpa sebarang kos kepada pelanggan.
Istimewa untuk anda, jika kami menerima tempahan cenderahati korporat seperti mug dan pen, biasanya kami akan buat dalam kuantiti yang lebih (+1 atau +2). Ini kerana barangan cenderahati ini mempunyai tahap mudah pecah/rosak yang agak tinggi.
Tetapi usah bimbang, jika rosak kami akan gantikan dengan yang baru. Sama ada ganti barang atau dengan bayaran tunai setara dengan harga barang.
Sangat tidak beretika membiarkan sahaja kerosakan apa-apa tindakan daripada penjual. Pelanggan pun akan hilang kepercayaan kerana peniaga tidak bertanggungjawab. Pasti akan memberikan reputasi buruk kepada penjual.
Jadi, itulah cerita tempahan cenderahati korporat kali ini. Jika anda bercadang untuk membuat hadiah bagi majlis syarikat, sekolah atau sebarang aktiviti, dipersilakan untuk menghubungi kami. Khidmat nasihat percuma!
Yang sedia membantu dan memberi jaminan 🙂
ZAINI
WhatsApp: 018-2122510