Cenderahati korporat untuk syarikat merupakan satu perkara yang sangat penting. Tidak kira walau sehelai t-shirt, sebatang pen, payung mahupun seunit beg plastik. Semuanya ada nilai dan matlamat tertentu. Pelaburan kepada cenderahati korporat adalah untuk memberikan lebih keuntungan dari segi pelanggan kepada syarikat.
Jadi, kami kongsikan 5 sebab kenapa sesebuah syarikat perlukan cenderahati korporat:
1. Agen Pemasaran Bergerak
Ini adalah sebab utama syarikat perlukan cenderahati korporat. Bayangkan sebatang pen yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dilihat penggunanya. Biasanya pen diberi sebagai hadiah kepada pelanggan. Tujuannya untuk sentiasa diingati oleh pelanggan setiap kali menggunakan pen tersebut.
Sama juga halnya dengan payung. Sesebuah syarikat yang menempah payung pasti mahukan payung tersebut digunakan setiap masa terutamanya waktu hujan.
Payung akan dicetak dengan logo dan nama syarikat. Apabila dibuka akan terpampang nama syarikat dan secara tidak langsung menjadi perhatian orang awam yang melihatnnya.
Cenderahati korporat sebegini boleh masuk sehingga ke dalam rumah anda. Bayangkan syarikat anda dilihat setiap hari pada mug, buku dan sebagainya.
2. Kesedaran Pada Jenama
Apabila ada logo atau nama syarikat pada cenderahati korporat dan pada masa yang sama kerap dilihat, jenama syarikat akan sentiasa diingati.
Contohnya baju jenama tertentu yang dicetak dengan logo. Pengguna yang memakai baju tersebut akan dilihat oleh khalayak ramai.
Berapa ramai yang lihat? Sudah tentu lebih daripada seorang. Lebih ramai yang lihat, lebih tinggi kesedaran pada jenama anda.
Orang kenal jenama syarikat anda melalui logo yang unik, motto dan sebagainya.
Oleh sebab itu, jenama-jenama terkemuka akan mencetak t-shirt untuk dijadikan cenderahati kepada pelanggan mereka.
Orang akan cepat teringat perkara yang sering dilihat, seperti melihat iklan yang ditayang di televisyen.
3. Penghargaan Kepada Pelanggan Sedia ada
Pelanggan adalah nadi utama perniagaan. Tanpa mereka yang membeli barangan atau servis, tiada perniagaan. Tiada perniagaan bermakna tiada duit yang masuk. Jadi, cenderahati korporat amat sesuai diberikan kepada pelanggan sedia ada sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka pada perniagaan kita.
Namun, jangan memberikan hadiah untuk mengharapkan sesuatu. Itu namanya rasuah. Tidak baik dan sangat tidak boleh. Jadi, niat kena betul. Berilah dengan seikhlas hati. Pelanggan suka, kita seronok dan dua-dua dapat manfaat.
4. Tarikan Kepada Pelanggan Baru
Anda pernah menerima cenderahati percuma daripada booth agen insuran?
Mungkin pernah menerima sebatang pen atau buku nota. Pastinya pen dan buku nota tersebut dicetak dengan logo syarikat. Kita jadi seronok dapat benda percuma. Ialah siapa yang tidak suka dapat benda percuma walaupun sebiji gula-gula.
Apa tujuannya?
Sudah pasti untuk menarik perhatian kita pada barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, untuk membuang rasa takut dan gementar pada perniagaan mereka. Maka, mereka memberi hadiah percuma sebagai tanda kenal supaya kita dapat cepat selesa dengan perkhidmatan ditawarkan.
Selepas dapat hadiah percuma, mereka akan berbual-bual, tanya itu ini dan akhirnya kita menjadi selesa. Seterusnya memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.
Untung-untung dapat buat jualan dengan kita.
Itu sahaja 4 sebab utama saya rasa.
Mungkin ada lagi yang nak tambah? Silakan.
Jika nak tempah cenderhati korporat, boleh hubungi. Kami sedia membantu anda.
ZAINI
018-2122510
info@giftstore.my
3 thoughts on “4 Sebab Syarikat Anda Perlukan Cenderahati Korporat”