Baru kami sedar, tiada artikel di website untuk bulan Oktober 2016. Bukan tidak boleh buat tetapi kesibukan membataskan usaha untuk kemaskini blog. Bulan September 2016 pun cuma sempat 2 artikel sahaja. Hehe. Sempat juga update di Facebook.
Itu semua alasan. Jika hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Semua orang ada masa 24 jam. Bagaimana mereka boleh kemaskini blog secara konsisten tetapi kami tidak boleh? Nasihat untuk kami yang selalu alpa.
Masuk hari ini , sudah 2 hari kita memasuki bulan November 2016. Semua orang sudah berkira-kira untuk:
- Bercuti bersama keluarga. Bawa isteri, suami dan anak-anak makan angin, melancong tidak kira dekat atau jauh. Dalam negara atau luar negara yang penting keseronokan bersama ahli keluarga.
- Melansungkan perkahwinan. Setelah perancangan rapi berbulan-bulan. Siapkan kad kahwin, doorgift, pelamin dan persiapan majlis rewang. Paling penting, borang kahwin siapkan dahulu supaya tidak terburu-buru apabila tiba waktunya nanti.
- Merancang aktiviti cuti sekolah. Untuk pelajar sudah bersiap sedia dengan aktiviti berfaedah dan tak berfaedah. Hehe. Kami tahu kerana kami juga bekas pelajar dan murid sekolah. Ada sahaja aktiviti yang tak berfaedah yang kita nak buat.
Cenderahati Sekolah Hujung Tahun
Antara aktiviti besar-besaran atau orang kampung saya panggil grand hujung tahun adalah Majlis Anugerah Cemerlang. Ianya satu majlis wajib untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Juga kepada guru-guru yang menabur bakti dan jasa sepanjang persekolahan.
Apa hadiah yang sesuai? Kami ada kongsikan 5 Pilihan Hadiah Untuk Majlis Sekolah. Moga memberi manfaat.
Apa Yang Anda Harapkan Pada Hujung Tahun
Sudah pastinya harapan yang baik-baik sahaja seperti keputusan cemerlang para pelajar, kesihatan yang berpanjangan dan juga dimurahkan rezeki selalu. Kami doakan yang baik-baik untuk anda yang membaca blog ini.
ZAINI – 018-2122 510