5 Sebab Syarikat Anda Perlukan Cenderahati Korporat

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Cenderahati korporat untuk syarikat merupakan satu perkara yang sangat penting. Tidak kira walau sehelai t-shirt, sebatang pen, payung mahupun seunit beg plastik.

Semuanya ada nilai dan matlamat tertentu. Pelaburan kepada cenderahati korporat adalah untuk memberikan lebih keuntungan dari segi pelanggan kepada syarikat.

cenderahati korporat

Jadi, kami kongsikan 5 sebab kenapa sesebuah syarikat perlukan cenderahati korporat:

1. Agen Pemasaran Bergerak

Ini adalah sebab utama syarikat perlukan cenderahati korporat. Bayangkan sebatang pen yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Dilihat penggunanya. Biasanya pen diberi sebagai hadiah kepada pelanggan. Tujuannya untuk sentiasa diingati oleh pelanggan setiap kali menggunakan pen tersebut.

Sama juga halnya dengan payung. Sesebuah syarikat yang menempah payung pasti mahukan payung tersebut digunakan setiap masa terutamanya waktu hujan.

Payung akan dicetak dengan logo dan nama syarikat. Apabila dibuka akan terpampang nama syarikat dan secara tidak langsung menjadi perhatian orang awam yang melihatnnya.

Cenderahati korporat sebegini boleh masuk sehingga ke dalam rumah anda. Bayangkan syarikat anda dilihat setiap hari pada mug, buku dan sebagainya.

2. Kesedaran Pada Jenama

Apabila ada logo atau nama syarikat pada cenderahati korporat dan pada masa yang sama kerap dilihat, jenama syarikat akan sentiasa diingati.

Contohnya baju jenama tertentu yang dicetak dengan logo. Pengguna yang memakai baju tersebut akan dilihat oleh khalayak ramai.

cenderahati korporat
Kredit gambar: giphy.com

Berapa ramai yang lihat? Sudah tentu lebih daripada seorang. Lebih ramai yang lihat, lebih tinggi kesedaran pada jenama anda.

Orang kenal jenama syarikat anda melalui logo yang unik, motto dan sebagainya.

Oleh sebab itu, jenama-jenama terkemuka akan mencetak t-shirt untuk dijadikan cenderahati kepada pelanggan mereka.

Orang akan cepat teringat perkara yang sering dilihat, seperti melihat iklan yang ditayang di televisyen.

3. Penghargaan Kepada Pelanggan Sedia ada

Pelanggan adalah nadi utama perniagaan. Tanpa mereka yang membeli barangan atau servis, tiada perniagaan. Tiada perniagaan bermakna tiada duit yang masuk.

Jadi, cenderahati korporat amat sesuai diberikan kepada pelanggan sedia ada sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka pada perniagaan kita.

tempah payung

Namun, jangan memberikan hadiah untuk mengharapkan sesuatu. Itu namanya rasuah. Tidak baik dan sangat tidak boleh. Jadi, niat kena betul. Berilah dengan seikhlas hati. Pelanggan suka, kita seronok dan dua-dua dapat manfaat.

4. Tarikan Kepada Pelanggan Baru

Anda pernah menerima cenderahati percuma daripada booth agen insuran?

Mungkin pernah menerima sebatang pen atau buku nota. Pastinya pen dan buku nota tersebut dicetak dengan logo syarikat. Kita jadi seronok dapat benda percuma.

Siapa yang tidak suka dapat benda percuma walaupun sebiji gula-gula.

Apa tujuannya?

Sudah pasti untuk menarik perhatian kita pada barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, untuk membuang rasa takut dan gementar pada perniagaan mereka.

Maka, mereka memberi hadiah percuma sebagai tanda kenal supaya kita dapat cepat selesa dengan perkhidmatan ditawarkan.

Selepas dapat hadiah percuma, mereka akan berbual-bual, tanya itu ini dan akhirnya kita menjadi selesa. Seterusnya memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.

Untung-untung dapat buat jualan dengan kita.

5. Membina Hubungan Bisnes yang Berpanjangan

Kita buat bisnes bukan untuk sehari. Kalau boleh sehingga kita tua dan dapat mewarisi bisnes seperti Megah Holding kepada anak-anak mereka.

Papa bangga dengan kamu!

Hubungan bisnes ini pula bukan sekadar dengan pelanggan sedia ada tetapi kepada setiap pihak yang bekerjasama dengan bisnes kita seperti pembekal, konsultan, rakan dan sebagainya.

Dengan cenderahati korporat, kita dapat membina hubungan bisnes dengan lebih erat kerana saling menghargai satu sama lain.

Mungkin ada lagi yang nak tambah? Silakan.

Jika nak tempah cenderhati korporat, boleh hubungi. Kami sedia membantu anda.

http://www.wasap.my/60127300287/giftstore (Shahrul)

http://www.wasap.my/60122913721/giftstore (Ida)

http://www.wasap.my/60182122510/giftstore (Mohd)

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami
monperatoto situs toto situs toto situs togel slot gacor situs togel toto slot slot gacor gampang menang slot gacor toto slot
slot gacor hari ini
monperatoto
monperatoto
toto togel
toto slot
pengeluaran macau
situs togel
monperatoto
bandar togel
monperatoto
bandar togel
monperatoto
monperatoto login
monperatoto login
monperatoto login
situs togel
monperatoto
toto slot
slot gacor hari ini