Terdapat banyak aktiviti dan sambutan yang diraikan rakyat Malaysia. Dengan jumlah penduduk melebihi 32 juta orang, pelbagai budaya dan agama, kita dapat melihat variasi sambutan setiap masyarakat.
Untuk post kali ini, saya akan berkongsi 10 aktiviti yang sesuai diberi hadiah dan cenderahati.
1. Hari Anugerah Cemerlang
Hadiah untuk menghargai mereka yang cemerlang dalam pelajaran dan sukan. Biasanya diberi hadiah beg dan buku.
2. Hari Guru
Meraikan pengorbanan guru yang banyak berjasa. Para pelajar akan memberikan pelbagai jenis hadiah sama ada ready-made, custom-made dan paling bermakna hand-made.
Hadiah hari guru seperti ceramic mug, buku, hamper dan kad ucapan.
3. Hari Sukan Sekolah
Aktiviti sihat untuk mencungkil bakat para pelajar dalam bidang sukan. Sama seperti akademik, bidang sukan sangat mendapat tempat di Malaysia jika pelajar serius dan benar-benar berbakat. Contohnya sukan bola sepak, badminton, sepak takraw dan olahraga.
Antara hadiah yang paling popular adalah trofi dan medal.
4. Sambutan Hari Lahir Pekerja
Sesetengah syarikat menganjurkan sambutan hari lahir (hari jadi) kepada pekerja. Ini untuk menghargai jasa mereka yang bersama-sama membangunkan syarikat.
Tidak kira pekerja bawahan, sokongan, sampingan atau sepenuh masa, para pekerja layak untuk diraikan.
Contoh hadiah yang sesuai adalah mug, beg, organizer dan juga power bank.
5. Ativiti Pemasaran di Booth Jualan
Para penjual (salesman) akan memberi khidmat nasihat dan cadangan atas produk yang mereka jual. Contohnya salesman penapis air, insuran dan produk kesihatan.
Sebahagian mereka mungkin inginkan maklumbalas dari anda seperti survey. Sebagai tanda penghargaan, mereka akan memberikan hadiah seperti pen yang bercop syarikat sebagai teknik pemasaran cenderahati.
Saya pernah dapat pen dan buku nota semasa ditemuramah penjual insuran. Walaupun tidak menyertai insuran mereka tetapi ia satu usaha untuk menghargai bakal pelanggan. Terima kasih ya.
6. Mendapat Pelanggan Baru
Jika anda membeli sesuatu barang yang mahal dari penjual, biasanya mereka akan hadiahkan sesuatu kepada anda. Ia sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda kepada perniagaan.
Contoh paling mudah apabila anda membeli kereta baru. Apa anda dapat? Banyak hadiah seperti SmartTAG, t-shirt syarikat, payung, keychain, kunci keselamatan dan minyak penuh. Ya, minyak penuh juga adalah hadiah. Siapa nak bagi free?
7. Aktiviti Kempen Meraih Undi
Musim pilihanraya adalah musim rezeki untuk rakyat. Untuk meraih undi, calon dari parti bertanding akan mengambil hati pengundi dengan pelbagai cara.
Kredit image: kabarwajo.com
Antaranya mengumumkan projek pembangunan, aktiviti kemasyarakatan, hadiah, sumbangan dan ziarah membawa sumbangan. Semua itu adalah hadiah kepada kita. Jika waktu lain mungkin jarang berjumpa atau lebih teruk lagi tak pernah bersua muka.
8. Aktiviti Meraikan Insan Kurang Berkemampuan
Dianjurkan oleh badan kerajaan dan juga swasta. Dikenali juga sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Bertujuan untuk meraikan mereka yang tidak berkemampuan, miskin dan juga sakit.
Biasa dibuat di rumah kebajian, anak-anak yatim, rumah warga emas dan hospital kerajaan.
Sumbangan yang biasa diberikan adalah makanan keperluan, pakaian, ubat-ubatan dan juga wang ringgit.
9. Majlis Akikah dan Cukur Rambut
Ibu bapa yang dikurniakan anak akan mengadakan majlis akikah dan cukur rambut. Majlis akikah sama ada menyembelih kambing atau lembu bergantung kepada kemampuan keluarga.
Kenapa bukan cukur jambul? Kerana dalam Islam sunah mencukur keseluruhan rambut anak yang baru lahir pada hari ketujuh. Jangan ikut adat tapi ikut sunah. Bimbang jika salah adat, boleh merosak akidah dengan aktiviti khurafat.
Untuk bacaan tambahan:
Bagi Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara, terdapat banyak perkara yang membuatkan adat cukur jambul dilakukan masyarakat Melayu bertentangan dengan sunnah mencukur rambut yang dituntut Rasulullah S.A.W. antaranya penggunaan buah kelapa.
“Soalnya, kenapa guna buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?”, tanya beliau.
Beliau berkata majlis cukur rambut tidak wajib disertakan dengan marhaban atau berzanji memadai dengan bersyukur sahaja melainkan jika diadakan akikah bolehlah diadakan jamuan.
Namun disebabkan rasa gembira menerima cahaya mata baru, masyarakat mengadakan majlis itu secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan.
“Perbuatan ini (mengadakan majlis) tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak maka ia menjadi satu kesalahan”, katanya.
Beliau menegaskan bayi yang baru dilahirkan seharusnya tidak didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil supaya mampu membesar menjadi orang yang berguna kelak – sumber Sinar Harian.
Untuk majlis ini, ibu bapa kanak-kanak akan memberi hadiah berupa yassin, buku doa, kuih muih dan minuman.
10. Majlis Kenduri Kahwin
Orang kita datang kenduri dapat makan free, balik kenduri dapat hadiah lagi. Bersyukur. Itu tanda tuan rumah sangat bersyukur dan seronok kita dapat hadir majlis mereka.
Sebagai tanda terima kasih, tuan rumah akan berikan hadiah seperti bunga telur, kuih tradisional dan ada juga dapat air minuman.
Jadi, banyak aktiviti yang sesuai diberikan cenderahati dan hadiah.
Apa aktiviti anda yang boleh juga diberikan hadiah? Kongsi sikit di ruangan komen.
MOHD
2 thoughts on “10 Aktiviti Yang Sesuai Diberi Hadiah dan Cenderahati”