5 Pilihan Cenderahati Korporat Untuk Majlis di Pejabat

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai 5 Pilihan Hadiah Untuk Majlis di Sekolah. Artikel tersebut khusus untuk para guru atau pengendali barangan cenderahati untuk sekolah. Kami sediakan sebagai idea awal untuk mereka membuat perancangan dan budget.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berikan beberapa idea cenderahati korporat atau hadiah untuk kegunaan majlis di pejabat pula. Cenderahati ini sesuai untuk pejabat atau syarikat yang mempunyai staff yang sedikit ataupun ramai.

Selain dapat digunakan oleh staff, cenderahati ini juga dapat memberi satu penghargaan kepada staff atas usaha keras mereka membangunkan syarikat. Walaupun dibayar dengan gaji, namun segala penat lelah sekurang-kurangnya dapat terubat dengan sumbangan hadiah daripada majikan.

Staff seronok dapat penghargaan, pada masa yang sama syarikat akan lebih berdaya maju kerana menerima motivasi tinggi melalui penghargaan sebegini.

Sebenarnya, cenderahati perlu sesuai dengan majlis, tempat dan juga watak penerima. Walaupun backpack boleh diberikan kepada semua orang tetapi adalah tidak munasabah backpack tadika diberikan semasa annual dinner syarikat. Untuk pelajar tadika, sangat bersesuaian.

Jadi, perlu ada kesesuaian bergantung kepada jenis majlis yang dianjurkan.

Jom kita lihat 5 pilihan cenderahati korporat untuk majlis di pejabat:

1. Payung

Ini hadiah kegemaran ramai. Kami sendiri menerima banyak tempahan payung dari pelanggan seluruh Malaysia. Kebanyakkan untuk hadiah kepada staff. Tidak kurang juga yang bertanya mengenai harga payung untuk dijadikan hadiah.

Bagi kami, payung adalah cenderahati yang besar dan kelihatan sangat ekslusif dan premium. Banyak kelebihan payung dalam membantu kesenangan staff terutamanya pada waktu hujan.

2. Mug

Jika dilihat pada meja staff, pasti ada bekas minuman. Untuk lebih menghargai mereka, syarikat boleh menghadiahkan mug pada majlis tertentu seperti Majlis Hari Lahir staff. Cenderahati hari jadi dapat diberi dengan mengumpul jumlah staff yang lahir pada 3 bulan pertama. Kemudian 3 bulan berikutnya dan seterusnya 3 bulan mendatang.

Majlis dapat dibuat selang 3 bulan sekali. Selain memberikan penghargaan dengan mug bercetak nama sendiri, majlis tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan sesama staff. Dapat makan free lagi !

3.  Metal Pen

metal-pen-cenderahati

Contoh cenderahati korporat metal pen. Esklusif disertakan dengan kotak

Metal pen tidak sama dengan plastik pen kerana metal (besi) lebih berat dan semestinya lebih esklusif. Staff yang menerima Metal Pen biasanya tidak akan menggunakan pen tersebut sebab hadiah sebegini biasanya disimpan sebagai tanda kenang-kenangan. Sayang nak pakai!

4. Beg Serbaguna (Multipurpose Bag)

Selain bekerja 8 jam sehari, staff di pejabat juga mempunyai hobi tersendiri. Ada yang bersukan seperti futsal dan bola sepak. Bagi perempuan, ada yang memenuhi masa lapang dengan bermain bowling. Jadi, hadiah beg serbaguna bermanfaat untuk mengisi kasut, tuala dan barangan peribadi.

cenderahati-beg

Pelbagai saiz, corak dan warna beg serbaguna

5. USB Pen & Laser Pointer

Cenderahati terakhir adalah barangan 3 dalam 1 iaitu USB, pen dan laser pointer. Sangat menarik kerana didatangkan sebagai sebatang pen. Manfaat utama USB Pen & Laser Pointer ini adalah kepada staff yang membuat kerja menggunakan komputer seperti perbentangan (presentation), kira-kira menggunakan Microsoft Excel dan juga laporan.

3 dalam 1 pen

USB dapat menyimpan data sehingga 8GB, pointer untuk menunjuk data dan pen untuk menulis nota. Tiga manfaat hanya dalam sebatang pen.

Staff adalah Aset Utama Syarikat

Banyak lagi cenderahati korporat yang sesuai untuk majlis di pejabat. Sama ada diberi kepada staff atau tetamu, setiap cenderahati adalah tanda penghargaan kepada penerimanya. Tanpa staff, tiadalah syarikat kerana staff adalah enjin atau aset utama yang paling penting dalam menjayakan sesebuah syarikat.

Nak buat cenderahati untuk staff anda?

Whatssapp 018 2122 510 (Zaini)

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

2 thoughts on “5 Pilihan Cenderahati Korporat Untuk Majlis di Pejabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami
monperatoto situs toto situs toto situs togel slot gacor situs togel toto slot slot gacor gampang menang slot gacor toto slot
slot gacor hari ini
monperatoto
monperatoto
toto togel
toto slot
pengeluaran macau
situs togel
monperatoto
bandar togel
monperatoto
bandar togel
monperatoto
monperatoto login
monperatoto login
monperatoto login
situs togel
monperatoto
toto slot
slot gacor hari ini